bosan

hari ini mungkin aku bilang sayang sama kamu
hari ini mungkin aku khabarkan tak bisa hidup tanpa kamu
hari ini mungkin aku nyanyikan melodi cinta buat kamu

esok ?
esok mungkin aku tak kenal siapa kamu
esok mungkin aku muak sama kamu
esok mungkin aku bosan sama kamu

okay , bosan 

ego

bukan aku ego tak menentu
aku punya ego kerna silam ajar aku

dahulunya aku buang ego jauh - jauh
aku abaikan ego aku
demi seorang yang kononnya punya jus testikel padu

hancur lumat egoku aku sendiri pijak
sampai aku jadi manusia tanpa ego
dan kerna kebodohan itu juga hati aku mati


manusia bukan tuhan

ya, si pendosa

hitungan dosa kita mungkin berbeza
pergi mati sama cakap cakap keji manusia
kerna aku bukan bertuhankan manusia

harus bagaimana

kita mahukan syurga
tapi kita masih takutkan mati

kita kita takut masuk neraka
tapi masih mahu melayan nafsu syurga dunia

jadi bagaimana ?

lari

sedang kita sibuk berkata kita mengejar syurga,
kita terlupa banyak yang kita lakukan yang membuat kita lari dari syurga

hati

cakap pasal hati
sampai mati tak sudah

bukan kerja aku jaga hati kau
bukan tanggungjawab kau jaga hati aku

hati kau, hati kau
hati aku, hati aku

peranan kau jaga hati kau
peranan aku jaga hati aku

menangis

kalau kau mahu menangis, menangislah sepuasnya
menangis sampai kau dapat lupa semua celaka
menangis sampai mata kau terbuka luas
agar kau nampak hikmah sebalik celaka

aku si pendosa

aku si pendosa.

si pendosa yang cuba menuju ke daerah yang lebih terang untuk menyucikan dosa kerana aku sedar hatiku gelap penuh titik hitam

PADAM


ya, aku padam semua
kerna aku tak mahu ingat apa yang aku tak mahu
aku tak mahu kenang apa yang aku tak mahu

andai bisa aku padam memori itu
sudah lama aku padam semua pasal kamu